Sally Fitzgibbons Foundation

Beginning the Academic Essay

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJUNG MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEORI PEMUJUKAN
BKS 3223
“PENULISAN ILMIAH”
INDIVIDU
TAJUK:
Jelaskan Maksud Etika Dan Kaitannya Dengan Ungkapan “Matlamat Menghalalkan Cara” (The Ends Justify The Means) Dengan Contoh-Contoh Yang Jelas. Berikan Pendirian Anda Terhadap Kenyataan “Matlamat Menghalalkan Cara”.

NAMA NO MATRIK NO PENGENALAN
SUKHVINDERJIT SINGH A/L JAGJIT SINGH D20171076657 970410085455
NAMA PENSYARAH:
Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin
NO TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN: TEORI PEMUJUKAN 1
2.0 ETIKA 3
3.0 ETIKA DALAM TEORI PEMUJUKAN 4
4.0 MATLAMAT MENGHALALKAN CARA 7
5.0 KESIMPULAN 10
6.0 BIBLIOGRAFI 11
ISI KANDUNGAN
1.0: PENGENALAN: TEORI PEMUJUKAN
Apakah itu teori pemujukan. Apakah kepentingan pemujukan. Dalam kehidupan seharian, kita saban kali mendengar konsep pemujukan, pujuk dan memujuk dalam perbincangan kelas di sekolah dan universiti atau juga dalam sesi perbincangan di bilik mesyuarat di tempat kerja. Tetapi, adakah kita mengetahui maksud pemujukan dengan sepenuhnya? Apakah yang membuat pemujukan sebagai suatu elemen yang begitu penting ketika seseorang individu ingin membuat sesuatu perjanjian perniagaan dan juga dalam kehidupan harian mereka. Untuk menjelaskannya dengan lebih lanjut, pemujukan adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam bidang komunikasi dan pemujukan sentiasa digunakan untuk mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran orang ramai untuk melakukan sesuatu yang si pemujuk ingin mereka lakukan.
Sebagai contoh, dalam demonstrasi aman yang berunsur politik, di mana seorang pemimpin politik akan berusaha untuk memujuk orang ramai untuk bersetuju dan ikuti objektif beliau untuk menentang cara pemerintahan kerajaan tempatan. Dari aspek ini, pemimpin politik itu boleh dikenali sebagai pemujuk dan orang ramai dikenali sebagai orang yang dipujuk/ yang ingin dipujuk. Sekiranya orang ramai menerima objektif dan cara yang disarankan oleh pemimpin politik tersebut, ia menandakan bahawa pemujukan tersebut telah berjaya dari aspek mengubah pemikiran dan tindakan orang ramai.
Beberapa tokoh sarjana dalam bidang pemujukan dan komunikasi telah memberikan pendapat dan definisi mereka mengenai teori pemujukan berdasarkan kefahaman dan pengalaman mereka mengenai topik tersebut. Menurut Bettinghaus, E.P., dan Cody, M.J. (1994), pemujukan adalah satu percubaan sedar oleh seorang individu atau sebuah kumpulan untuk mengubah sikap, keyakinan, kepercayaan dan tingkah laku individu atau sebuah kumpulan individu lain melalui penyampaian atau penghantaran beberapa mesej. (pg. 6) Woodward, G.C. dan Denton, R.E. (1992), menyatakan bahawa persuasi adalah sebuah proses penyediaan dan penyampaian mesej secara lisan dan bukan lisan atau “non-verbal” kepada individu – individu yang autonomi (berpendirian bebas) untuk mengubah atau menguatkan sikap, kepercayaan dan tingkah laku mereka. (pg. 21) Satu lagi definisi yang diberikan oleh Larson, C.U. (2010) menyatakan bahawa pemujukan adalah suatu penciptaan bersama bagi suatu keadaan pengenalan atau penyelarasan antara pemberi sumber (pemujuk) dan penerima (orang yang dipujuk) yang dihasilkan daripada penggunaan simbol. (pg. 10) Oleh itu, teori pemujukan boleh didiefinisikan sebagai suatu proses simbolik di mana si pemujuk berusaha untuk meyakinkan orang lain untuk mengubah sikap atau tingkah laku mereka mengenai sesuatu isu melalui penghantaran mesej dalam suasan kebebasan memilih (Perloff, R.M., 2003) (pg. 15).

1.1: Elemen Dalam Pemujukan
Dalam teri pemujukan, apabila seseorang individu atau sebuah kumpulan ingin memujuk individu atau kumpulan individu yang lain, mereka perlu mengunakan tiga elemen utama dalam proses pemujukan iaitu “Ethos”, “Pathos” dan “Logos”. Namun, apakah maksud ketiga – tiga elemen ini? Menurut Tracy, B. (2008), elemen ethos, pathos dan logos teah diperkenalkan oleh Aristotle dan beliau menyatakan tanpa ketiga – tiga elemen ini, suatu proses pemujukan mahupun komunikasi tidak akan berjaya.

Pathos merujuk kepada kandungan atau aspek emosi yang digunakan oleh seseorang pemujuk dalam hujah mereka. Pathos merupakan elemen yang paling penting antara ketiga – tiga elemen ini. Apabila seseorang pemujuk dapat memindahkan orang ramai/ penonton mereka ke tahap emosi yang diingini oleh pemujuk membolehkan pemujuk untuk mempengaruhi dan memotivasikan orang ramai untuk megubah pemikiran mereka dan mengambil tindakan tertentu. (Tracy, B. 2008).

Ethos merujuk kepada watak, etika dan kepercayaan seseorang individu apabila mereka sedang bercakap. Menurut Tracy, B. (2008), apabila seorang pemujuk ingin memujuk penonton/ orang ramai, mereka perlu meningkatkan kredibiliti mereka dengan penonton/ orang ramai sebelum dan semasa ucapan mereka. Teknik ini akan meningkatkan kemungkinan bahawa para pendengar akan menerima hujah tersebut dan akan mengambi tindakan dengan menggunakan cadangan yang diberi oleh pemujuk.

Logos merujuk kepada logik, kata – kata dan sebab – sebab dalam hujah seseorang pemujuk. Menurut Tracy, B. (2008), penyusunan perkataan yang disebut oleh seorang pemujuk adalah penting untuk membentuk sebuah penyataan atau argumentasi yang koheren. Seseorang pemujuk juga perlu menyusun pendapat mereka mengenai suatu topik dalam urutan dari awal hingga ke kesimpulan dengan setiap pendapat memperkukuhkan pendapat yang sebelumnya untuk membentuk hujah yang persuasif.

2.0: ETIKA:
Apakah itu etika. Etika merupakan satu perkataan yang kita sering kali dengar di mana – maa kita berada dalam kehidupan harian kita tidak kira di sekolah, di pusat membeli-belah mahupun di tempat kerja. Namun adakah kita sebagai manusia mempunyai etika. Adakah kita tahu apakah yang bermaksud dengan etika dan kenapa ia menjadi tunjang kepada pembangunan tamadun manusia. Istilah etika berasal dari perkataan Yunani iaitu “ethos” yang bermakna kebiasaan, watak dan pelupusan.

Beberapa tokoh sarjana dalam bidang falsafah telah memberikan pendapat dan definisi mereka mengenai etika berdasarkan kefahaman dan pengalaman mereka mengenai topik tersebut. Menurut Rich, K.L., (2016), etika dari aspek kegunaan asal merupakan cabang falsafah yang digunakan untuk mengkaji kelakuan manusia yang ideal. Definisi lain untuk etika adalah etika merupakan sebuah konsep asas dan prinsip – prinsip asas kelakuan manusia yang baik termasuk dari nilai – nilai universal seperti persamaan penting semua lelaki dan wanita, hak asasi manusia atau semulajadi, ketaatan kepada undang-undang tanah, keprihatinan terhadap kesihatan dan keselamatan, dan juga untuk persekitaran semula jadi. (www.BusinessDictionary.com). Satu lagi definisi untuk etika diberikan oleh Rich, K.L. (2016), etika adalah satu pendekatan yang sistematik yang digunakan untuk memahami, menganalisis dan membezakan perkara – perkara yang betul dan salah, baik dan buruk dan mengagumkan/ terpuji dan menyedihkan kerana ia berkaitan dengan kesejahteraan dan hubungan di kalangan makhluk hidup. Oleh itu, definisi yang ringkas untuk etika adalah satu sistem prinsip moral. Etika juga mempengaruhi bagaimana orang membuat keputusan dan menjalani kehidupan mereka.

3.0: ETIKA DALAM TEORI PEMUJUKAN
Kita telah membincangkan tentang maksud dan kegunaan teori pemujukan dan juga etika. Namun, bagaimana etika berhubung kait dengan pemujukan. Seperti ysng telh dijelaskan, pemujukan adalah proses untuk untuk mempengaruhi pemikiran dan tindakan orang lain. Walau bagaimanapun, adalah sesuatu teknik pemujukan itu beretika atau tidak beretika. Menurut beberapa tokoh sarjana, tidak semua pemujukan adalah beretika. Hal ini demikian kerana pemujukan secara luasnya dianggap tidak beretika jika ia bertujuan untuk mendapat keuntungan peribadi dengan menggunakan orang lain atau memperoleh keuntungan peribadi tanpa sebarang pengetahuan orang yang sedang/ telah dipujuk. (www.LumenInstructure.com)
Lazimnya, sesuatu pemujukan beretika akan berusaha untuk mendapatkan tiga objektif yang utama iaitu:
Menerokai pandangan orang lain
Menerangkan pandangan si pemujuk
Membuat suatu resolusi mengenai topik yang dibincangkan.

Sesuatu teknik pemujukan boleh diklasifikasikan sebagai beretika dengan mengunakan ujian ‘TARES’. Ujian ‘TARES’ diperkenalkan oleh Baker, S. dan Martinson, D. Untuk mengkaji adakah sesuatu aspek pemujukan itu beretika atau tidak. Sesuatu pemujukan beretika perlu mempunyai komponen – komponen yang berikut:
Kebenaran mesej yang disampaikan
Ketulenan orang yang sedang memujuk
Hormat terhadap pendengar
Ekuiti rayuan pemujukan.

Dengan adanya kesemua komponen tersebut, maka sesuatu teknik pemujukan itu adalah beretika.

3.1: Perspektif Etika Dalam Pemujukan
Selain daripada ujian ‘TARES’ sesuatu teknik pemujukan boleh dilihat sebagai beretika atau tidak beretika dengan menggunakan lima perspektif utama dalam etika.

3.1.1: Perspektif Keagamaan
Perspektif agama mengenai etika komunikasi dan pemujukan diperkukuhkan pada andaian – andaian bahawa dasar agama merupakan penghubung antara ilahi/abadi dengan manusia dan dunia, dan sebaliknya (Larson, C.U. 2010) (pg 48). Berdasarkan andaian sedemikian, pelbagai agama di seluruh dunia menekankan nilai, garis panduan moral dan peraturan keagamaan dan larangan untuk menilai etika pemujukan (Larson, C.U., 2010) (pg 48). Sebagai contoh, dalam agama Buddha terdapat empat kategori yang tidak beretika dalam kamunikasi yang juga boleh digunakan dalam teori pemujukan iaitu berbohong, penipuan, ucapan yang keras dan ucapan yang tidak berguna atau tidak masuk akal.

3.1.2: Perspektif Sifat Manusia
Perspektif sifat manusia meneliti inti sifat manusia dengan menanyakan apakah yang menjadikan kita secara asasnya manusia. Menurut Larson, C.U. (2010) perspektif sifat manusia mengenal pasti ciri – ciri unik sifat manusia yang membezakan manusia dengan bentuk – bentuk hidupan yang diklasifikasikan sebagai lebih rendah dan juga ciri – ciri yang seorang manusia boleh gunakan sebagai piawaian untuk menilai etika pemujukan. (pg 49). Antaranya ialah keupayaan untuk membuat keputusan, untuk mencipta dan menggunakan simbol, untuk mencapai pemahaman yang saling menghargai dan membuat penilaian yang baik. (Larson, C.U., 2010) (pg 49). Sifat manusia boleh menilai sejauh mana rayuan dan teknik pemujukan sama ada memupuk atau menjejaskan pembangunan ciri-ciri manusia yang asas. Apa jua konteks politik, agama, atau budaya, seseorang akan diandaikan memiliki sifat-sifat tertentu yang unik yang layak mendapat kenaikan pangkat melalui komunikasi. Teknik yang ‘dehumanizes’ iaitu teknik yang membuat seseorang kurang daripada manusia, akan tidak beretika. (Larson, C.U., 2010) (pg 49).

3.1.3: Perspektif Politik
Menurut Larson, C.U. (2010), perspektif politik dalam etika pemujukan adalah nilai dan prosedur tersirat atau eksplisit yang diterima sebagai sesuatu yang penting untuk ketumbuhan dan pembangunan suatu sistem politik tertentu. (pg 50) Apabila kita dapat mengenal pasti nilai – nilai penting ini, kita boleh menggunakannya untuk menilai etika teknik pemujukan. Teknik pemujukan yang menghalang atau mengelak nilai – nilai ini harus diklasifikasikan sebagai tidak beretika (Larson, C.U., 2010) (pg 50).

3.1.4: Perspektif Undang – Undang
Perspektif undang – undang menyatakan bahawa teknik berkomunikasi secara tidak sahih dianggap sebagai tidak beretika, tetapi yang secara sahih adalah beretika. Dalam erti kata lain, kesahihan dan etika adalah sinonim. Menurut Larson, C.U. (2010), pendekatan ini mempunyai kelebihan untuk membuat keputusan sama ada suatu teknik pemujukan itu beretika atau tidak dengan cara kita hanya perlu mengukur teknik pemujukan tersebut dengan undang – undang semasa untuk menentukan sama ada teknik terseubt adalah beretika atau tidak. (pg 52) Walau bagaimanapun, ramai tokoh sarjana tidak berasa selesa dengan pendekatan ini kerana mereka berpendapat bahawa terdapat beberapa teknik pemujukan yang sah dari segi undang – undang, namun tidak sah dari segi etika (Larson, C.U., 2010) (pg 52).

3.1.5: Perspektif Situasional
Menurut Larson, C.U. (2010), untuk membuat pertimbangan etika dan pemujukan dari perspektif situasional, adalah penting untuk memberi tumpuan secara teratur dan terutama pada elemen – elemen keadaan pemujukan tertentu (pg 51).

4.0: MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Konsep ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ telah pertama kali dicetus oleh Niccolo Machiavelli dalam karyanya “The Prince”. Machiavelli (1532) menyatakan dalam bukunya “Dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya kerana kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbulah penyataan, ‘Matlamat Menghalalkan Cara’.” Secara lebih mudah, matlamat menghalalkan cara bermaksud sesuatu perolehan hasil yang baik memaafkan/ mengendahkan cara yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun adakah matlamat benar – benar menghalalkan cara? Untuk mendapatkan keputusan yang munasabah, kita perlu melihatnya dari aspek teknik dan cara pemujukan, keputusan yang diperoleh/ matlamat yang akan diperoleh dan perspektif etika. Para sarjana perhubungan awam (Public Relations) Danner, B. dan Kiousis, S. (2008), memberikan pandangan mereka mengenai ‘matlamat menghalalkan cara’ dengan pembahagian konsep tersebut kepada empat kategori iaitu:
1. Teknik/Cara yang baik, Matlamat yang positif.

2. Matlamat yang negatif, Teknik/Cara yang baik.

3. Teknik/Cara yang tidak baik, Matlamat yang positif.

4. Teknik/Cara yang tidak baik, Matlamat yang negatif.

4.1: Teknik/Cara Yang Baik, Matlamat Yang Positif.

Menurut Danner, B. dan Kiousis, S. (2006), seseorang pemujuk boleh melakukan tindakan persuasif secara beretika dengan mengunakan cara yang beretika juga. Terdapat dua manifestasi untuk cara ini iaitu:
4.1.1: Teknik dan perbuatan persuasif yang dibenarkan secara moral
Teknik ini tidak memerlukan aspek/ejen moral tidak diperlukan untuk melaksanakan perbuatan itu dan teknik ini tidak dilarang dari segi etika untuk dilaksanakan. Secara ringkasnya, melakukan tindakan tersebut adalah bermoral dalam intinya dan jika tidak melakukan tindakan tersebut juga adalah bermoral dan seseorang itu tidak melakukan kesalahan etika (Danner, B. dan Kiousis, S., 2006).
Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan sebuah kempen yang direka khas bersama dengan Hospital Pantai pada September 2016 untuk memujuk orang ramai untuk melakukan senaman kardiovaskular seperti lompat tali. Teknik pemujukan ini adalah bermoral dan juga beretika dari semua perspektif etika. Walaupun teknik ini adalah suatu tindakan yang amat baik, namun tidak semestinya teknik ini wajib dijalankan oleh semua termasuk orang ramai.

4.1.2: Teknik dan perbuatan persuasif yang wajib dari aspek moral
Satu teknik di mana suatu perbuatan persuasif adalah diwajibkan dari aspek moral dan etika. Jika seseorang pemujuk tidak melakukannya akan dianggap sebagai tidak beretika (Danner, B. dan Kiousis, S., 2006).

Sebagai contoh, Naib presiden perhubungan awam (Public Relation) syarikat pemakaian kanak – kanak ‘KIKO’ En. Andrew mendapati bahawa sejenis pajama yang dihasilkan oleh syarikat beliau adalah mudah terbakar. Sebagai salah seorang ketua perhubungan awam syarikat tersebut, En. Andrew mempunyai tanggungjawab moral bukan sahaja untuk cuba memujuk pihak pengurusan syarikat untuk mendedahkan maklumat ini supaya pemeriksaan yang sesuai dapat dijalankan. Dari perspektif undang – undang apa yang dilakukan oleh En. Andrew adalah beretika kerana beliau mengikut peraturan syarikat. Sekiranya En. Andrew gagal untuk memujuk pihak pengurusan untuk berbuat demikian, beliau sendiri mempunyai kewajipan moral untuk mendedahkan kecacatan itu dan menjadi seorang “Whistle Blower”. Dari perspektif etika iaitu dari situasional, apa yang telah dilakukan oleh En. Andrew akan dikira sebagai beretika. Namun begitu, dari aspek legaliti, tidak beretika disebabkan oleh peraturan yang ditetapkan oleh syarikat ‘KIKO’ untuk tidak mendedahkan maklumat syarikat tanpa kebenaran (Danner, B. dan Kiousis, S., 2006).

4.2: Matlamat Yang Negatif, Teknik/Cara Yang Baik
Menurut Danner, B. dan Kiousis, S. (2006), seorang pemujuk boleh memujuk orang ramai untuk membuat sesuatu tindakan dengan mengunakan teknik dan cara yang beretika namun, apa matlamat pemujuk tersebut berkemungkinan tidak beretika. Sebagai contoh, seorang pemimpin politik sedang cuba menguar – uarkan isu perkauman untuk memecah belahkan perpaduan kaum. Namun, beliau boleh memujuk orang awam dengan mengunakan teknik retorik yang boleh diklasifikasikan sebagai beretika dalam pengucapannya. Walaupun, cara yang dijelaskan oleh ahli politik itu mungkin sahih dan baik dari perspektif politik, namun matlamat beliau untuk mewujudkan perpecahan adalah tidak baik dan tidak beretika dari segi agama dan juga situasional.

4.3: Teknik/Cara Yang Tidak Baik, Matlamat Yang Positif
Menurut Danner, B. dan Kiousis, S. (2006), sesuatu matlamat boleh dilihat sebagai beretika walaupun teknik atau cara yang digunakan untuk mecapai matlamat itu tidak beretika. Sebagai contoh, En. Khairul merupakan seorang pengurus di syarikat tekstil terkenal di Malaysia. Beliau menghadapi masalah apabila anaknya mengalami kemalangan dan perlu menjalani pembedahan yang akan mengambil kos yang tinggi untuk dibuat. Untuk memastikan anaknya selamat, beliau telah menerima rasuah dalam suatu perjanjian dengan sebuah syarikat yang lain. Anak beliau telah selamat namun beliau digantung kerja apabila tertangkap. Persoalannya ialah adakah apa yang dilakukan oleh En. Khairul beretika. Dari perspektif undang – undang, En. Khairul telah melakukan kesalahan dan beliau boleh dikira sebagai seorang yang tidak beretika. Walau bagaimanapun, dari perspektif situational, En. Khairul telah melakukan tindakan tersebut kerana beliau ingin menyelamatkan anaknya. Jadi apa yang beliau lakukan adalah beretika.

4.4: Teknik/Cara Yang Tidak Baik, Matlamat Yang Negatif
Menurut Danner, B. dan Kiousis, S. (2006), kedua – dua matlamat dan cara untuk mencapai matlamat yang digunakan dalam teknik pemujukan ini adalah tidak beretika. Sebagai contoh, Adolf Hitler ingin mewujudkan sebuah negara Germany bebas dari pengaruh Yahudi dan Islam. Oleh itu, beliau telah bertindak mempengaruhi dan memujuk warga Germany dan tentera Germany bahawa orang Yahudi dan Islam adalah orang yang jahat dan perlu dihapuskan dengan kadar segera untuk mewujudkan sebuah negara yang aman. Oleh itu, beliau mengarah tentera beliau untuk menangkap dan membunuh lebih dari 7.8 juta orang Yahudi dalam pembersihan etnik yang dijalankan di tanah jajahan Germany yang dikenali sebagai ‘The Holocaust’. Matlamat dan teknik yang telah digunakan untuk mencapai matlamat tersebut oleh Adolf Hitler adalah salah dan tidak beretika dari segala perspektif etika dan moral.

Berdasarkan kesemua empat kategori yang diberikan dan pada pendapat saya juga, adalah jelas bahawa matlamat menghalalkan cara boleh dikira sebagai beretika dan juga tidak beretika dari perspektif etika itu sendiri. Hal ini demikian kerana terdapat contoh dalam kategori tersebut seperti kategori dua dan empat yang boleh dikira tidak beretika dari perspektif agama, dan situasional, namun mungkin beretika dari aspek politik. Selain itu, kategori pertama dan ketiga boleh dikira sebagai beretika dari perspektif situasional, namun tidak beretika dari perspektif undang – undang dan politk. Oleh itu, tidak boleh dikatakan sepenuhnya bahawa matlamat benar – benar menghalalkan cara atau tidak.

5.0: KESIMPULAN
Jelaslah dalam penjelasan yang diberikan bahawa teori pemujukan dan etika saling berhubung kait dalam menentukan adakah ungkapan ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ itu adalah beretika atau tidak. Terdapat beberapa teknik yang baik dan juga teknik yang kurang baik yang digunakan dalam proses pemujukan, namun ianya bergantung kepada tanggungjawab etika yang terdapat dalam diri si pemujuk dan orang ramai untuk menentukan sama ada teknik tersebut perlu diamalkan atau tidak. Segala tindakan dan pemikiran terletak pada setiap diri individu untuk menerokai ilmu dan pengetahuan uang luas supaya menjadi masyarakat yang peka dan boleh membuat keputusan yang wajar. Orang yang memujuk pula haruslah mempunyai nilai etika yang tinggi untuk mengawal setiap tindakan yang dilakukan.
6.0: BIBLIOGRAFI
Bettinghaus, E. P., & Cody, M. J. (1994). Persuasive communication, 6th ed. Fort Worth, TX: Harcourt Brace.

Danner, B & Kiousis, S. (2006). Persuasion and ethics in public relations: Towards a taxonomy of means and ends. Presented at the Association for Education in Journalism and Mass Communication conference, San Francisco, CA. Unpublished.

Danner, B & Kiousis, S. (2008). The ethics of strategic communication: Fall 2008. Dimuat turun daripada http://journalism.uoregon.edu/~tbivins/stratcomweb/readings/means-ends.pdf
Ethics of Persuasion. (n.d). LumenInstructure.com. Dimuat turun daripada https://lumen.instructure.com/courses/218897/pages/linkedtext54304
Ethics. (03 April 2018). BusinessDictionary.com. Dimuat turun daripada http://www.businessdictionary.com/definition/ethics.html
Larson, C. U. (2010). Persuasion: Reception and responsibility, 12th ed. Boston, Mass: Wadsworth.

Perloff, R. M. (2003). The dynamics of persuasion: Communication and attitudes in the 21st century, 2nd ed. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.

Rich, K. L. (2015). Nursing ethics: Across the curriculum and into practice, 4th ed. Burlington, Mass: Jones & Bartlett Learning.

Tracy, B. (2008). Speak to win: How to present with power in any situation. AMACOM.

Woodward, G. C., & Cooper, M. D. (1992). Persuasion and influence in American life, 2nd ed. Prospect Heights, IL: Waveland.

Post Author: admin