Sally Fitzgibbons Foundation

Beginning the Academic Essay

INCLUDEPICTURE “http://www.unisza.edu.my/images/themes/logounisza.png” * MERGEFORMATINET
Personal Details:
Name: SAFURA BINTI KAMARUZAMAN
Class Code: DIPLOMA SYARIAH B
ID Number: 045363
Course Details:
Course Name: ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (FOUNDATION OF ENTREPRENEURSHIP)
Course Code: MPU 22092
Lecturer’s Name: DR. MOHD ADZIM KHALILI BIN ROHIN
Assignment Details: Individual Assignment 1 / Group Assignment 2 / Group Assignment 3
Due Date: 1 JULAI 2018
Date Submitted: 1 JULAI 2018
PLEASE NOTE
All assignments are the responsibility of the student.

Ensure you keep a copy of your assignment before submitting.

DECLARATION:
I declare that, to the best of my knowledge and belief, this assignment is my own work, all sources have been properly acknowledged, and the assignment contains no plagiarism. This assignment or any part thereof has not previously been submitted for assessment at this or any other University.

Signatures:
Date: Pengenalan
Latar belakang usahawan yang ditemu ramah, nama beliau ialah Kamaruzaman Bin Tummen. Beliau dilahirkan pada 1 januari 1972 dan berumur 46 tahun. Beliau berasal daripada Kuala Selangor, Selangor. Sekarang menetap di tempat kelahirannya Kuala Selangor, Selangor. Beliau anak ke-tiga daripada 9 adik-beradik. Beliau amat meminati bidang perniagaan ini terutama sekali dalam bidang perniagaan pemprosesan makanan. Dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang perniagaan ini, di mana perniagaan beliau sekarang ini juga merupakan perniagaan warisan daripada bapa beliau. Berkat sokongan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan, beliau terus berusaha memajukan perniagaannya.

Encik Kamaruzaman juga merupakan graduan Universiti Yarmouk, Jordan mengambil jurusan ijazah sarjana muda syariah. Sejurus sahaja menamatkan pengajian, beliau terus sahaja membuka perniagaan kecil-kecilan iaitu berniaga di pasar malam setelah beberapa tahun barulah beliau mengambil alih perniagaan bapa beliau yakni perniagaan kilang keropok lekor. Bukan itu sahaja ketika sedang belajar lagi beliau telah menjinakkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan ini sebagai contoh menjual makanan-makanan kepada rakan-rakannya kerana minat yang mendalam dalam perniagaan ini. Walaupun jurusan yang diambil ketika di universiti dahulu dengan kerjaya beliau kini berlainan cabang, perkara tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berniaga.
Perniagaan yang dijalankan
Perniagaan keropok lekor ini diasaskan oleh bapa beliau Tummen bin Sayaran. Pada awalnya perniagaan ini dinamakan keropok lekor Rezeki Berkat kemudian ditukar kepada syarikat keropok lekor Zamil Berkat Enterprise. Perniagaan beliau ini merupakan perniagaan warisan turun temurun sejak tahun 1980 an lagi. Encik Kamaruzaman menyambung legasi perniagaan bapanya pada tahun 2000 ini bermakna sudah 18 tahun beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini. Dalam tempoh ini beliau telah mendapat banyak pengalaman jatuh bangunnya perniagaan beliau. Encik Kamaruzaman telah menggajikan lima orang pekerja yang bekerja di kilang keropok lekor tersebut. Beliau menumpukan pasaran keropok lekornya di sekitar daerah Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan lain-lain lagi dan bakal dikembangkan lagi ke lain-lain negeri berhampiran.

Antara perkara yang memotivasikan encik Kamaruzaman meneruskan lagi legasi perniagaan keropok lekor ini ialah melihatkan majoriti pengeluar keropok lekor di negeri Selangor kebanyakannya bukan lah daripada orang muslim hal ini telah membangkitkan lagi semangat beliau mengembangkan lagi perniagaan ini sehingga boleh menembusi pasaran satu Malaysia. Seterusnya beliau juga percaya bahawa setiap rezeki yang diperolehinya adalah kurniaan daripada Allah swt serta sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi tidak kira sedikit atau banyak. Selanjutnya, menurut beliau sebagai seorang usahawan sifat putus asa dan lemah semangat perlulah dibuang jauh-jauh sebaliknya perlulah berusaha dengan lebih keras, sabar dan ikhlas dalam semua perkara.
Seterusnya matlamat dan objektif juga merupakan rahsia kejayaan dalam sesuatu perniagaan tersebut, oleh itu bagi encik Kamaruzaman antara matlamat beliau dalam perniagaan ini ialah untuk menjadi pengedar keropok lekor terbesar dan terkenal diseluruh Malaysia. Selain itu, matlamat beliau adalah untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah yang mesti dilaksanakan di samping memegang prinsip sebagai seorang usahawan muslim beliau mestilah jujur, amanah, tidak kapitalis dan juga tidak tamak. Serta prinsip beliau yang tidak ingin terikat dengan waktu pejabat dan makan gaji beliau bertekad untuk meneruskan lagi legasi perniagaan ini.

Sebagai seorang yang bergelar usahawan sudah pasti ada jatuh bangunnya dalam bidang ini. Setelah ditemu ramah antara cabaran yang tidak dapat dilupakan oleh beliau ialah harga bekalan bahan mentah yang semakin hari semakin tinggi harganya hal ini telah menyebabkan harga pasaran keropok lekor juga semakin hari semakin meningkat. Selain itu, saingan yang hebat daripada usahawan-usahawan keropok lekor lain juga merupakan cabaran dan rintangan yang perlu beliau tanganinya dengan berhemah. Seterusnya, ketika diawal-awal penubuhan perniagaan ini cabaran mencari pelanggan tetap dan pelanggan baru di kawasan sekitar tersebut. Selain itu, ekonomi yang tidak stabil juga memberi impak yang besar dalam perniagaan beliau di mana harga pasaran bahan-bahan mentah yang tidak statik menyukarkan beliau menjamin harga yang berpatutan dan kualiti barang yang baik kepada pelanggan-pelanggan beliau.
Bagi menghadapi cabaran dan rintangan yang telah disebutkan sebentar tadi pasti ada usaha bagi menangani serta mengurangkan cabaran tersebut, oleh itu antara usaha beliau dalam memajukan perniagaan beliau ialah berdaya saing secara sihat dengan peniaga-peniaga keropok lekor yang lain dengan cara memberi tumpuan yang lebih kepada pelanggan berbanding pesaing. Seterusnya, bagi menarik ramai pelanggan beliau menggunakan medium sedia ada yang terkenal pada masa ini contohnya medium media sosial dengan membuat pengiklanan yang meluas tentang perusahaan keropok lekor yang dijalankan. Selain itu, menstabilkan harga barangan juga merupakan salah satu usaha beliau iaitu dengan mencari pembekal bahan mentah yang menawarkan barangan terebut pada harga yang berpatutan serta mampu memberi kualiti barang yang terbaik.

Penutup
Sebagai penutup beliau juga sempat memberi nasihat kepada anak muda sekarang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini kerana ia akan mendatang pelbagai manfaat dan pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana, juga bakal mendatangkan hasil yang lumayan jika kita sentiasa berusaha dengan gigih serta tidak mudah berputus asa. Seterusnya harapan beliau kepada perniagaan yang sedang diusahakan sekarang adalah semoga perniagaan ini bakal berkembang dengan lebih maju lagi berbanding hari ini serta mampu menembusi pasaran dalam dan luar negara, serta mampu membuka cawangan di pelbagai tempat. Beliau juga berhasrat dengan perniagaan yang diusahakan ini mampu membantu mengurangkan kadar pengangguran dengan memberikan jaminan pekerjaan yang halal. Beliau juga bersyukur dengan nikmat Allah swt ini, jika tanpa sokongan daripada ahli keluarga, sahabat handai dan orang sekeliling pasti beliau tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini.
Lampiran

Post Author: admin